terima kasih singah :) kalau ade mase singgah lagi yer ? hehe . muaah pipi kanan :* muaah pipi kiri :*

KEHAMILAN REMAJA !

PENGENALAN ..
Terdapatnya remaja yang terlalu bebas dan tidak memahami akan bahaya
dan gejala hubungan SEKS sebelum perkahwinan .
Banyak masalah yang akan timbul sekiranya mereka terjebak dan terlanjur .
Walaupun perhubungan seksual adalah fitrah hidup , remaja perlu
memikirkan bahawa penting bagi mereka menangguhkan keseronokkan tersebut
sehingga menempuh alam perkahwinan .


PUNCA KEHAMILAN REMAJA
  • Hubungan SEKS .
  • Sumbang Mahram .
  • Rogol .
  • Penderaan Seksual .

BAGAIMANA UNTUK MENGESAHKAN KEHAMILAN .
  • Alat pengesan kehamilan melalui ujian air kencing .
  • Pengesahan doktor .

TANDA - TANDA KEHAMILAN
  • Tidak Datang Haid .
  • Loya/Muntah .
  • Payudara Terasa Sakit Atau Membesar .
  • Jangkitan Saluran Air Kencing .
  • Perubahan Berat Badan .
LANGKAH YANG PERLU DIAMBIL
SEKIRANYA ANDA HAMIL ..
  1. Dapatkan nasihat dan bantuan dari orang yang boleh dipercayai seperti :-
  • Ibu Bapa .
  • Guru Sekolah .
  • Kaunselor Sekolah .
  • Doktor dan anggota kesihatan yang lain .
  • Pegawai Kebajikan Masyarakat di Pejabat Kebajikan Masyarakat yang berdekatan .
2. Jangan sembunyikan kehamilan anda atau menggugurkan bayi secara haram .
3.Pergi ke klinik kesihatan yang berdekatan untuk pemeriksaan dan penjagaan semasa mengandung .
4.Buat keputusan yang bijak supaya tidak memberi kesan ke atas diri sendiri dan bayi yang bakal lahir .

KESAN DAN AKIBAT KEHAMILAN REMAJA
Kesan kepada remaja :
  • Anemia(kurang darah) , darah tinggi , eklampsia dan keguguran .
  • Keguguran tidak selamat boleh mengakibatkan komplikasi kepada sistem reproduksi dan ketidaksuburan .
  • Kemurungan dan kehilangan keyakinan diri .
  • Pasangan lari dari tanggungjawab .
Akibat :
  • Pengguguran bayi , pembunuhan bayi , pembuangan bayi atau bayi tersebut diabaikan .

BAGAIMANA UNTUK MENGELAK KEHAMILAN .
  • Hindari hubungan SEKS sebelum berkahwin (ABSTINEN)
  • Jangan biarkan dipaksa untuk melakukan hubungan SEKS
  • Pasangan yang menyanyangi anda tidak meminta SEKS sebelum berkahwin
  • Jauhi dadah dan alkohol kerana ini boleh mengakibatkan anda hilang pertimbangan
SEKIAN TERIMA KASIH !

No comments:

Post a Comment