terima kasih singah :) kalau ade mase singgah lagi yer ? hehe . muaah pipi kanan :* muaah pipi kiri :*

KALAH BERMARUAH !!!

APEK JADI WIRA , SAFEE PELEDAK BERBAHAYA

Walaupun tewas dengan angregat 6-4 namun aksi anak buah
Datuk K Rajagobal masih boleh dipuji . Turun dengan aksi menyerang ,
Harimau Malaya bertekad untuk menjaringkan gol bagi mengatasi defisit .

Namun kesilapan yang dilakukan barisan pertahanan menyebabkan
penyokong Malaysia hampa apabila Singapura
berjaya menyumbat gol pada minit ke-72 .

Pujian harus diberikan kepada pemilik sepasang 'tangan emas'
yang berjaya mematahkan serangan bertali arus Skuad Singa .
Penjaga gol yang berasal dari Kelantan , Khairul Fahmi Che Mat boleh
dianggap wira apabila mempamerkan aksi hebat .

Begitu juga penyerang Pelita Jaya yang berasal dari Selangor ,
Safee Sali yang membuktikan beliau adalak peledak berbisa
apabila menjaringkan gol tunggal Harimau Malaya .
pengerakannya dikawal ketat oleh pertahanan Singapura
menyebabkan beliau sukar menjaringkan gol .

Peluang terbaik Malaysia hadir seawal ke-4 minit melalui
percubaan jarak dekat S Kunalan selepas menerima hantaran
silang Safee Sali namun penjaga gol Singapura ,
Mohamad Izwan Mahmud pantas menutup ruang untuk
menafikan gol awal Harimau Malaya ..

Tujuh minit selepas itu , tiba giliran Singapura
menguji Khairul Fahmi namun percubaan jarak dekat
Qiu Li dapat diselamatkan dengan cemerlang .

Pada minit ke-22 Malaysia melakukan pertukaran dengan
Muslim Ahmad dimasukkan selepas Aidil Zafuan Abd Radzak
mengalami kecederaan . Situasi itu sedikit sebanyak
meresahkan penyokong Harimau Malaya .

minit ke-57 gol yang dicari-cari Malaysia akhirnya menjelma
apabila Safee Sali melepaskan rembatan kencang
selepas menerima hantaran pendek S Kunalan .

Bagaimanapun kealpaan barisan pertahanan negara
dihukum oleh Shi Jiayi apabila mudah menolak masuk gol
penyamaan Singapura pada minit ke-72 .

Taktik Singapura melengahkan permainan memberi kesan
psikologi kepada pemain Malaysia . Lakonan anak buah
Radojka Avramovic memang menjadi dan layak
memenangi Oscar kerana menyebabkan pengadil terpaksa
menghentikan perlawanan beberapa kali .

Lima kad kuning dilayangkan oleh pengadil
pada malam tadi dengan pemain pertahan Malaysia ,
Ahmad Fakri Shahrani mendapat kad merah pada
minit ke-93 .. THE END :)

90% diambil di akhbar sinar :))

1 comment:

ekin :) said...
This comment has been removed by the author.

Post a Comment